Keistimewaan / Manfaat Takaful


Sistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta .Ini memberikan peluang kepada para peserta untuk mendapatkan manfaat dalam tiga bentuk.

1. Peserta akan lebih yakin kerana jika berlaku sebarang musibah ,mereka layak mendapat bantuan daripada dana takaful

2. Manfaat dari segi rohaniah di mana para peserta dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial melalui kaedah Tabarru' (istilah Arab bermaksud "pemberian, hadiah, sumbangan").Para Peserta pasti bersyukur dan berbesar hati kerana sumbangan para peserta digunakan untuk menolong peserta lain yang mendapat musibah.

3. Para peserta akan lebih yakin menyertai skim perlindungan ini kerana takaful bebas daripada unsur yang bercangggah dengan kehendak syariah. Skim takaful ini tertakluk kepada Akta Takaful 1984.Satu keperluan akta ini adalah penubuhan jawatankuasa syariah untuk memberi panduan kepada pengendali-pengendali takaful supaya tidak terbabit dengan aktiviti-aktiviti yang ditegah oleh syariah.

Keistemewaan tambahan daripada konsep ini ialah ia tidak hanya bermafaat kepada muslim semata-mata , malah ia turut memberi kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira pegangan agama mereka.