5 Tips $ JIMAT $ Bila Beli Medikal Kad Tanpa Membebankan
---------------------------------------------------------------------------------
1. MEDIKAL KAD STANDALONE.
- Kad Perubatan yang dibeli tanpa polisi hayat akan menjadi jauh lebih murah dan JIMAT, kerana hanya kos takaful untuk medikal kad sahaja dikenakan kepada peserta. Dengan caruman yang rendah ,peserta boleh mendapat jumlah perlindungan yang Tinggi.
Yang paling PENTING, jumlah pelindungan asas Takaful Life boleh dibesarkan dengan kos yang sangat minima.
2. XX TIADA KO-TAKAFUL XX
- Pilih Medikal Kad yang tiada ko-takaful, ko-takaful adalah perjanjian bersama diantara pihak syarikat dan peserta untuk tanggung bersama kos rawatan hospital. kebiasaannya ko-takaful adalah 10% dari jumlah bil yang dikeluarkan oleh pihak hospital.
3. XX TIADA KO-PAYMENT XX
- Ko-payment adalah perkongsian bersama antara peserta dan pihak syarikat takaful apabila terjadinya perubahan terhadap had kelayakan bilik semalaman.Peserta perlu menanggung sebahagian bil kebiasaan 10% dari jumlah bil berserta beza bilik yang diwadkan.Untuk jimat,cari medikal kad yang tiada ko-payment.
4. DISKAUN CARUMAN
- Beli medikal kad yang memberi diskaun kepada caruman bila mana tiada tuntutan dalam tempoh satu tahun.Jika tiada tuntutan dalam ,peserta layak mendapat rebet dan sekaligus boleh JIMAT untuk caruman Medikal Kad
5. SIHAT TUBUH BADAN.
- Ini adalah tips JIMAT yang sangat berkesan Takaful berhak untuk REJECT POSTPONE,LOADING,EXCLUSION kepada sakit sedia ada apabila kita memohon setelah terdapat sebarang sakit.
- SAAT MASIH SIHAT dan masih bertenaga,mohon segera untuk lebih JIMAT apabila membeli medikal Kad pada harga standard.