Falsafah Takaful
- Menekankan kepada sifat keikhlasan di bawah konsep para peserta memberi sumbangan kewangan.
- Berdasarkan kepada kontrak tabarru' yang mana para peserta bersetuju agar sumbangan yang diberikan digunakan untuk membantu para peserta di dalam pelan/skim takaful berkenaan.
- Untuk mewujudkan perhubungan yang erat di antara peserta-peserta yang bersetuju menanggung bersama mereka kerugian yang disebabkan oleh risiko bersama seperti kematian dan kemalangan dan mengelak sifat mengutamakan diri sendiri.
Aplikasi Takaful
- Salah satu pelan pelindungan dan konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berasaskan Hukum Syariah
Maksud Konsep Takaful
- Satu kaedah iaitu satu kumpulan orang berikrar untuk saling bekerjasama dan tanggung-menanggung sesama mereka,jika di takdirkan mana-mana di antara mereka ditimpa musibah.
Bagaimana Perniagaan Takaful dijalankan
- Tiap-tiap peserta itu sepakat bahawa jika ditakdirkan salah seorang daripada mereka menanggung kerugian atau kehilangan akibat dilanda oleh sesuatu musibah atau bencana yang telah mereka sama-sama tentukan terlebih dahulu jenis musibah atau bencana tersebut.
- Mengikut Pakatan yang telah dipersetujui itu bantuan kepada peserta yang malang akan disediakan dalam bentuk manfaat kewangan dengan mewujudkan tabung atau kumpulan wang yang dibayar atau dicarum oleh para peserta sejumlah wang sumbangan wang secara tetap mengikut jangka masa yang tertentu.
-